Wednesday 1 June 2011

i'm officially a kuli now !!!

selamat pagi saudara saudari sekalian


woohoooooooooooo

aku da start keje beb. hari ni dah masuk hari ke-4. banyak lagi benda yang aku kena belajar. cara memotong pon still tak lulus, tapi bak kata tokei aku,

 "mula2 memang tak pandai, tapi yang penting awak ada kesungguhan dan minat, bukan mari keje setakat nak 'bekerja sahaja', tapi bekerja sambil belajar dan menambah pengalaman untuk masa hadapan." 

terharu cheq nak habaq ang..sob..sob..sob... tapi tade lar sampai aku nangis depan tokei aku tu. nanti tergores lak sifat 'kejantanan' aku tu..


aku nak cite sikit first day aku kat sana. and sebenarnyer boys and girls..........tiap2 hari mesti ada benda yang terjadi kat aku.


1st day
aku pegi keje ngan kete u..hak hak.hak..abah suruh naek kete sebab aku keje dari tengahari smpai malam. aku pakai baju kurung sebab dari awal lagi abah dah pesan.."g keje pakai baju kurung, jangan pakai jeans ketat. jangan terikut ikut dengan orang"..i love my abah very much. always give full attention to me.

ok. lepas jer parking kete.. aku pon masuk kedai kot depan. ramai betul pompuan kat kaunter. ada dalam 4,5 orang. aku dengan yakinnyer berjalan sambil tersengih manis..( ada ke tersengih manis????). akak2 kata kaunter tu pon senyum gak. yelar dah aku senyum takkan dorang nak buat muka masam lak kan...
sampai kat kaunter aku pon bukak mulut.."datang nak keje..he..he..he..". ok, yang he he he tu tade lar aku buat bunyi. akak tu pon ramai2 buat bunyi yang amat menarik.."oooooohhhhhhhhhhhh" sambil gelak okeh. aku tatau nape dorang gelak tapi aku senyum jelar kan.

sorang akak tu suruh aku punchcard. nama beliau KAK MA. akak ni peramah  and da lama keje kat kedai tu. ad lar dalam 7 tahun lebih katanyer. time tu sume pekerja ada, so, dorang pon bising2 lar tanya nama aku. aku pon cakap lar.."AISYATUL, panggil SYATUL tape doh.." sambil tersengih manis lagi. punyalar susah dorang nak sebut. apa ???? pelik sangat ke nama aku ni..??? asal nama aku AISYAH ok, tapi ditambah dengan huruf wau dan lam di belakang ta...grrrrrrrrrrr...geram gak sebab dari zaman sekolah dulu lagi orang susah nak panggil nama aku,, cikgu2 pon sama gak.siap mintak nak panggil dengan nama yang lain sebab susah nak ingat.

tugas aku yang pertama adalah menyusun towel2 wanita di arak rak agar nampak lebih kemas dan cantik cam aku. tengah dok susun tu, mailar sorang minah ni aka colleague aku. yang hitam manis and berpakain t shirt bersama jeans ketat..aku ulang skali lagi jean..mula2 beliau memuji kecantikan bertanya umur aku. 19, i told her in malay. kecoh jap sebab ad sorang lagi sebaya ngan aku and also sekampung ngan aku. tapi aku tak kenal pon..yang hitam manis tadi tu namanyer ZURA. aku rasa beliau ni keturunan some kind of indian lar.. ZURA mula menggeletek menyucuk aku aka memasang jarum pada tubuhku.."ouchhh..sakitnyer"..batinku menjerit. ZURA gitau aku suh aku hati2 ngan akak2 yang pakai baju kurung tuh. aku pon tanyalar.. "why should i ?" ZURA cakap akak2 tuh suka amek kesempatan especially dengan orang yang ada kenderan sendiri cam aku nih..tak dan beliau abes cakap,, KAK MA pon panggil aku gitau tokei nak bergayut cakap fon  ngan aku.. bla3..last skali aku cakap ok dan teruskan keje aku tadi.

tak lama kendian tokei pon sampai and suh aku naek atas ikot akat yang bernama KAK NOR. tengah aku jalan nak naek atas..ZIE aka budak sama muda ngan aku tadi pesan kuat2 kat aku "hati-hati~~~~". aku senyum jer. KAK NOR tanyer aku nape ZIE suh aku hati ?? takot KAK NOR makan aku ke ?? aku cakap "tatau" sambil senyum. kat atas aku just packing2 jer.



setakat ni jer kot yang best untuk 1st day. malam aku balik pukul 9.30 sorang2 tapi naek kete tak rasa takut lar.

konklusi yang aku bleh aku buat untuk 1st impression adalah


  • ada 2 puak di kedai, 1 akak yang penyabar and pndai jaga mulut. and satu lagi bdk2 sebaya aku yang suka cakap lepas dan berpakain seperti yang abah aku tak bagi aku pakai
  • puak2 ini bergaduh teruk doe..masam2 muka lagi.tapi aku amek jalan mudah tapi bahaya iaitu berbaik dengan dua2 belah pihak. and cuba untuk tidak buruk2 kan mereka.
  • aku baru tau kedai akan repacking barang2 lama yang tak laku pada musim lepas untuk dijual balik pada musim baru
  • berhabuknyer kedai ni !!! dahlar aku ada resdung, cian aku..
  • barang kat store tak tersusun sangat..rasa geram cam nak kemas sume..tapi tokei tak suruh, so aku takkan pndai2 buat

ok..dats all..pengalaman hari2 lain lagi mencabar kewanitaan aku..nanti aku cite pulak....










psssssssssssstttttttttttttttt : boleh teka tak aku keje kat mana ?? kedai pe ?? tak boleh ?? nanti aku gitau..kui kui kui....buh bye..entry ni tade gambar sebab aku malas nak cari gambar yang sesuai. so shori.. =)



Monday 16 May 2011

mimpi lagi..selamat hari cikgu

selamat pagi cikgu..



sebenanyer aku nak cite sal mimpi aku semalam tapi bila nak taip selamat pagi tu aku pon teringat yang hari ni adalah HARI GURU SEMALAYSIA !!!!

so, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat cikgu-cikgu aku yang telah mengajar aku dari aku kat PASti sampai lar yang last kat MATRIKULASI TERCINTA.  

kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya tidak kira sama ada guru tetap, guru ganti mahupun guru sandaran pada kenangan di 

PASTI TANAH LOT

SK BANDAR DUNGUN
SK PULAU SERAI
SMK PULAU SERAI
MRSM YT BESUT
MRSM PENGKALAN CHEPA
KOLEJ MARA KULIM

saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu sekalian yang telah bertungkus lumus, mengerah keringat untuk mendidik saya dan rakan-rakan saya. jasa cikgu hanya ALLAH yang mampu membalasnya. semoga cikgu akan terus bertenaga untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. kepada arwah cikgu yang telah meninggal, saya sedekahkan AL-FATIHAH, semoga roh cikgu dicucuri rahmat....



ummm..tak lupa juga pada rakan-rakan di IPG yang bakal menggalas tugas sebagai seorang guru. teruskan usaha mengumpul sebanyak mana ilmu yang dapat dicurahkan kepada bakal pelajar nanti..

HAPPY TEACHER'S DAY





pssssssttttttttttttt : rasa cam nak nanges jer bila tringat kak cikgu-cikgu yang dah tade dan yang dah berpindah jauh....shin chan tade kedit. mlm ni kami tak sms. +++++++kesedihan aku..sobs~sobs~sobs~
nanti mesti ada yang post kt mukabuka sal hr ckgu haram..... =,=


Sunday 15 May 2011

~under construction~

Thursday 12 May 2011

SEGMEN 6 PASAL KORANG DAN KAPEL

weeee.... ==, gatainyer aku pagi2 ni....ahaksssss...
aku baca entry terbaru en. ps tadi..tajuk ni lar..dan entry tu berjaya membuatkan tahap kegatalan aku meningkat untuk turut sama join contest nih,,contest ini dianjurkan oleh 'aku'.aku ? haha..aku tatau nama dia pe sebab baru jer follow blog mamat nih. ni soalan yang perlu dijawab and of course jawapan aku yang paling jujur dari lubuk hati....wink~wink~

1) kalau korg keluar sama2,ape makanan yg sama korg akn order?     dan nape korg pilih makanan tu?
depends lar...kadang ikot selera masing2. kadang aku ikot dia. dia tak pernah ikot selera aku... T_T tapi tape sebab aku jenis yang bantai sume.. XD
ni feveret dia tapi sekarang aku pon  da giler mee ni..

 2) kalau keluar sama2 gak,pe benda yg korg mesti beli kat kapel korg?     dan nape korg pilih benda itu?
aku suka bagi benda kecik2. contoh aku pernah bagi badge, fonchain, tak pon aku bluetooth pic ktorang yang aku dah edit,,hehe,,aku kan rajin dan kreatif. benda cmni senang nak bawak tow. tak berat,, XP

3) telefon @ mesej ? yg mana korg selalu hubungi kalau melalui tepon?     dan nape macam tu?
mesej. senang nak karang ayat2 puitis,,ceewahhhh~~ aku jenis mudah lepas cakap, so mesej is better for us. kang aku cakap benda2 mengarut tak ke haru..actually, kitorang jarang bergayut. tapi bila dah start bergayut memang berjam-jam. 3 bulan skali jer kot gayut. last bergayut akhir bulan april aritu.

4) kalau keluar dating,sape yg selalu tak menepati masa?pe yg korg @ kapel korg lakukan kalau tahu slh satu tu tak menepati masa?
of course lar dia. tapi bulan last kat kolej dia lar yang selalu awal. aku lak sengaja tungu dia sampai baru aku start gerak. kalo lambat tuh tungu jelar sambil mesej nganyim2 suh cepat. tak pon bla g tempat laen dulu

5) kalau keluar sama2,adakah korg akn merancang untuk pakai baju warna sama2,     kalau "ye" warna pe yg korg akn pilih?
of course tak and tak pernah plan pon nak pakai kaler pe. tapi banyak kali gak terpakai kaler sama. dia cakap jodoh. =P haha..jodoh lar sangat..

6) macam mana korg boleh kenal sehingga boleh berkapel? dan kapel korg mana?
dia classmate i kat matrik. hehe..gatal nooo~~~~ . bila dah jadi laki aku nanti aku gtow lar sape dia. buat masa sekarang rahsiaaaaa... dia pon ada blog. kalau nak tow gak try lar cari sendiri..hehe..


i dah join,,korang bila lagi???

pssssssssttttttttttt : sori sayang, tertaip sal kita kat blog,,tak sengaje ni, jangan marah tow.. love u ! ~_~ ^_^

Monday 9 May 2011

alar...sweetnyer.... XD

aku jumpa kat mukabuku..nah..bacelar...


EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU ! =P 
tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...


macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!
masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.
hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.
satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!" okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

-----------------------------

hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku,"sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!" sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibu senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!

------------------------

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------

FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.

- - - - - - - - - - END - - - - - - - - - -




ni rekaan jer tow....haha..tapi totap sweet...

and member aku penah cite sal abang kepada roommate dia yang baru kawin. abang tu aku namakan A. A ni alim tow...dia baru abes belajar terus dapat keje. bila kewangan dah mantap dia terus gi lamar pompuan yang dia dah minat dari sekolah dulu..and dah memang takdir, pompuan tu pn da lama suka kat A and tak pernah ada perasaan kat orang laen selain A,,nama pon alim kan. mereka sangat secocok..semoga bahgia hingga ke syurga..... =P

psssssssssssttttttttttttttt : senyum sorang2 dari tadi....ahaksss.. =D


Sunday 8 May 2011

kenapa orang Islam sembah batu@Kaabah@bangunan kain hitam ????

salam perjuangan

entry kali ni adalah kesinambungan bagi entry aku yang bertajuk ouh...apakah.... kebetulan time tengah tengok2 kat wall facebook aku pon terjumpa lar satu post yang bertajuk Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu? 
so, disebabkan aku malas nak taip balik aku pon copy and paste kan kat sini supaya korang boleh baca..k..silakan baca dan faham betul2..jangan maen2 hal agama



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
 
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
 
"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
 
"Allah ada dalam tu?"
 
"Tak.."
 
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
 
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
 
"Kamu sembah apa?"
 
"Saya sembah Allah swt"
 
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
 
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
 
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
 
"Pernah.. selalu.."
 
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
 
"Tengok perlawanan bola la.."
 
"Di mana?"
 
"Dalam tv la.."
 
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
 
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
 
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
 
"So..?"
 
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
 
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
 
"Peliknya.."
 
"Sebab apa pulak pelik?"
 
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
 
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
 
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
 
"Ya.. tak pelik.."
 
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
 
"Erk.. kau betul.."
   
psssssssttttttttttt : paham tak?? kalau tak paham baca banyak kali okehh..selamat jalan =D

nota untuk ma =D

assalamualaikum.

hari ini 8 mei 2011. kalau tak percaya, sila rujuk belah kanan taskbar anda.ada tertulis tarikh dan jam pada waktu ini.malas nak taip banyak sebab da tengahari and ma pulak sedang keeorangan di dapur..so, withou further delay...presenting....~drumroll pliss~


HAPPY MOTHER'S DAY MA !!!!!

KAK LONG DAN ADIK2 SANGAT MENYAYANGI MA WALAUPUN KADANG2 KAMI BUAT PERANGAI SAMPAI MA PENING KEPALA, MA TETAP LAYAN KAMI DENGAN SANGAT BAIK..LAYANAN FIRST CLASS GITU...KAMI :

NURUL AISYATUL AKMAL 
NUR IZZATUL AMNI
SITI NURFATIEN
MUHAMMAD AFIQ IKHWAN 
MUHAMMAD NABIL IKHWAN
MUHAMMAD AQIL IKHWAN
MUHAMMAD NAQIB IKHWAN
MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN
MUHAMMAD ALIF HAIQAL
ADAM DANIAL
nak oyak kuat2.............................

WE LOVE U, MA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




psssssssttttttttttt : hargai ibu anda selagi beliau masih ada.kami pon sayang abah,, hihihi,,, ~_~ ^_^

Saturday 7 May 2011

ouh...apakah...

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..


da lama aku tak update blog aku ni..hari ni ak menggila update apa yang patut..
hem...penah tak kome sume ditanya tentang hal agama yang kome sendiri pon tak pernah terpikir nak pikir pasal hal tu (paham ke ayat aku ni??)


semalam sambil tengok tv+makan biskut kering cecah milo aku bersms lar dengan shin chan kesayangan ak. tengah2 syok dok mamam biskut tu tiba2 shin chan pon tanya ak


shin chan : tau tak maksud 'lahaulawalaquwataillabillahihilaliyilazim' ?


aku pon bukan maen menggelabah dok pikir,,"rase cam biasa dengar,amende mksud nih", aku bermonolog dalam hati...ak pon reply


aku : ntahlar..bese dengar tapi dop engat,bakpe??(ayat luar+ayat ganu)


shin chan : try search


terpaksalar aku masuk bilik kacau angah aku yang tengah online.cari punyer cari akhirnyer jmpa gak kt blog ni.


aku : maksudnyer “Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia. lafaz ni kita baca bila dalam kesusahan atau nak mohon kemudahan.

sin chan ; lafaz ni kan kita baca time jawab azan "Marilah Mengerjakan Solat, Marilah Menuju Kejayaan".kenapa kita nak jawab dengan katakan yang kita tade kekuatn ngan daya sdgkan masjid yang laungkn azan tu da dekat ngan umah kita?


aaaaahhhhh.....ye tak ye jugak. cmne boleh tak engat tu lafaz jawab azan..bila bace ayat seterusnya,,eh,eh,apa ni..ak kaget sih! nk reply apa nih! ok..


aku : apa2 pon yang kita lakukan kalau Allah tak beri kekuatan dan kemampuan untuk kita laksanakan kita takkan dapat laksanakn,tapi kita pon perlu berusaha dan the rest Allah yang tentukan sama ada nak izinkan atau tak untuk kita laksanakan sesutu benda tu..ni pendapat saya jer,,baek awak tanya org yang lebih pndai hal2 ni

shin chan : (aku tak engat dye reply pe)

aku : bagi saya, bla dah ditetapkn, kita ikot, jangan banyak soal bila ada kaitan ngan agama...bla bla bla..


~~~wahhh,,dye tak setuju ngan ayat aku nih,,yang bla bla bla tu dye setuju lar kot~~~


shin chan : kta tak bleh tros mkn jer ap y org suap..ingat ulama dunia skrng ni btol sgt??(ad 2 tnda soal di situ ye)..kta kna mengaji,mengkaji,mencari..saya takut kta dok cabang yang 72 tu..sesat masok neraka (ktorang penah bncang sal 73 cabang umat Rasulullah, nanti aku buat entry pasal ni)

i surrender~~~~~~~~~~~


shin chan : kalo ada cina tanya awak, 'lu ckp wa sembah batu,lu pon sembah batu (kaabah)' apa awak nk jwb??


aku tak penah pon cakap camtu kat kaum cina,,hish....


aku: saya takkan jawab kalo saya sdiri pon tak yakin dengan jawapan saya.should dscover more..tp saya akan gitau, orang Islam tak sembah batu.Kaabah@Mekah tu adalah tempat suci untuk orang Islam berkumpul dan kerjakan ibadat. yang disembah tu adalah Allah,seluruh ummat Islam kat mana pon dorang berada dorang akan sembahyang menghadap ke arah kiblat menunjukkan penyatuan kita menyembah yang satu, Allah Yang Maha Esa..

shin chan : ok, apa maksud 'labaikallahummalabait' ?


again,,ak g search,,rase cam bengap je ayat simple cmni pon nk kena search tnet,,ak tow yang ni orang baca time haji tuh tapi tak kompem maksud..aku jumpa maksud tu kat sini.

aku : maksudnyer "Tuhanku, Aku Datang KepadaMu"

shin chan : btol gak kn,,org Islam g Kaabah..Kaabah tu umah Allah..jadi dah cakap tu umah Allah..takkan tak bertuan..jd org dok g haji tu nk cr Allah la? umahnya ad, tuannya tak jumpa? cmtu?




ha...yang ni aku tak engat aku reply pe..kuang kuang kuang..

ak buat entry ni bukan apa..smalam aku tersedar yang aku da lama tak baca buku agama,ceramah2 pon da jarang dengar..last mggu lpas al-kuliyyah kt tv3 topik IBADAT MESRA..he he..korang tau ke apa ibadat mesra tu??? tape kalo tak tau, da kawin nanti taular,,,muahahahahahahahaha... opsss.hehe...back to the story...so, ak amek iktibar, jangan terlalu cepat lalai, bila da tersedar tu, segera mengucap dan kembali ke jalan asal..and sokmo2 lar tambah ilmu di dada..plg kurang baca lar 1 buku agama setiap bulan,pesanan penaja ni bukan untuk korang je tp untuk aku juga.ak tak reti buat kesimpulan.




pssssssssssssssstttttt : thank u shin chan sebab tolong sedarkan i!!! i sayang u ketat2!!! renung2 kan dan selamat beramal,, ~_~ ^_^

Tuesday 26 April 2011

kerja?????? =,=

salam...

actually ak xstart rs bosn lg duk umah sbb byk lg bnda y ak kna buat....
contohnya...kemas bju dlm almari, kemas buku2 dlm bilik, kemas bilik ak bg lbih cntik dr sebelum ni...hehehe..wlaupn da 3 hari duk umah ak tade smangat lg nk wt keje kemas mengemas nih...bukn malas okeh tp tade smangat =P

ummmmm...pg td before g anta angah ak kt stesen bas,,ak pitstop jap kt kdai bli HARIAN METRO...
niat ak nk tgok2 lar kt sisipan 1KLASSIFIEDS kot2 lar ad keje kosong kt tmpat ak nih...
disebabkan tulisan kt ruangan keje kosong tuh kecik,,trpaksalar ak kcikkn lg mata ak y sudah sedia rabun nih...

ak pn baca dr atas ke bwh, naek atas blk, trun bwh blk,bukn 1 page ak baca..3 page kot...
tp hasilnyer HAMPEH!!! keje kosong mmg byk tp byk kt area bndr2 bsr lar...bndar DUNGUN kcik je...

actually,,bukn tade keje kosong kt tmpat ak nih,kompem ad,,,,tp tular, ak x engat nk survey time kuar buang duet ngan membe ak ptg smalam....esok lusa ak nk kuar survey lg....
ni snarai keje y trlintas kt pikirn ak n y dcadangkn oleh membe2 ak...

1. staf KFC @ McD


sedap hingga menjilat jari


keje kt sini bes lar kot..gaji pn bleh tahan..tp...tetap ad tp tow..membe ak oyak@cakap dia xsuka ak keje kt tempat ni sbb baju y dpakai tu xsejok mata memandang...well, we all know cmne pkaian dorang kn..kemeja lengan pendek, seluar slack, tuck in lak tu...mula2 ak rasa ok jer tp bila pikir2 blk btol gak apa y membe ak ckp tuh....so..REJECT!!!

2. cikgu sambilan @ tutor tuisyen

ad gak ek ckgu pj cmni???
ehem..utk pengetahuan aritu ak ad mohon maktab perguruan utk sbjek math..sygnyer permohonan ak dtolak..T_T ..tape2 mungkin ak tade rezeki dlm lapangan ni....
tp bila da blk umah ni,,tgok muka adk2 ak,,then ak pikir drpd ak jd ckgu ajar ank2 org y ak xknal,,baek ak mantapkan lg ilmu adk2 ak..btoi x????
so..REJECT!!!

3. receptionist @ penyambut tetamu kt hotel

pakaian kemas..cntik lak tu =P
ak tataular nape membe ak y sorang nih bleh trlintas nk suggest kt ak this kind of work..
stakat nih ak xpnah tgok lg receptionist y pkai tudung...
so..REJECT lg!!!

sy berhijab ok!!!!

4. babysitter@ckgu tadika

ak suka layan budak2 drp layan abg budak
y ni mmg ak suka sgt..tp susahlar nk cr nursery kt sini..walaubagaimanapun ak akan tetap teruskan usaha cr keje ni..lgpun keje cmni ak bebas nk pkai apa pn..baju kurung i mean..and ak mmg ad plan nk bukak nursery sdiri bila umur ak da 35 ke atas..hehe..murni x niat ak ni??? ~_~


tu jelar keje2 y mndapat ranking tertinggi...by hook or by crook(ayat SIR BURN) ak nk keje gak..ak nk earn duit sdiri..malu dowh mntak duit ngan abah n ma tiap kali nk kuar ngan membe....


psssstt :: doakn ak cpt2 dpt keje y elok n sesuai utk ak.. ~_~ ^_^

Monday 25 April 2011

bye bumi KULIM T_T

salam.... T_T

ari ni dah msok 5 ari ak sign out dr kolej tercinta....(tercinta lar sgt =P)....

ni lar kolej ak..sape knal????? =P
ummmm.....1st smpai kt cni ak mmg shock gler..bukn culture shock k tp tkjut sbb kolej ni lbh kurg jer ngan skolah lma ak..SEKOLAH LAMA,skali lg ak ulang LAMA..nma pn MARA...mmg dr fom 1 ak da jd anak MARA... =P

logo MARA

kt cni buknnyer ap..blok hostel y ak dpt kire ok lar(BLOK E). yg dapat blok FAZ lg ok..tp kalo y dpt blok asrma y usang tuh..mmg ksian..

stahun kt cni mcm2 da ak lalui..manis, pahit, jerih, perih, hepi, masam, busuk, wangi,,sume ad...
tp memori y paling ak xkan lupa adlh memori ak ngan dak2 klas ak..KULIAH C
wlaupn xbyk aktviti y ktorg buat (even jmuan prpisahan pn tade),,tp its ok lar,,kurg2 ktorg rpat,,
plg best tme g teluk bahang 

ce bilang brape org y agkat tgn
n time ktorang wt lathan choral speaking utk ENGLISH MONTH..well,wlaupn x dpt tmpat tp memori tme wt lathn tu sgt bes..tme tu lar ktorag dpt knal ngan lbh rapat, gurau2, ajar ktorg supaya lbh sabar xspecially bla ad ahli y dtg lmbt n sepakat dlm pilih skrip choral, gaya n bju tme prsembahn...how sweet'' ~_~

cm pertandingan pakaian beragam jer =P
ak pn xkn lupa dak2 tutorial ak..C3..APIH, QAYYIM, SYED, HANI, TIHA, NURIN, AYU, LAILA n DAYANA...

korang sume best!!!
n ckgu2 y ter..er...ter..er...cinta smpai mati..budi ckgu2 hanya mmpu dbalas YANG MAHA KUASA...
PUAN FARIZAH (biology), TCER ROHANA (math), SIR BURN(chem), TCER HARYATI(bi)  n ckgu2 y ajar sbjek smpingan..TERIMA KASIH CIKGU!!!!


last but not least,,,member2 kamceng ak tme kt KOLEJ MARA KULIM nih...dr 1st msok klas n smpai akhir klas,,kami slalu berenam..lgpn stiap kami dlm tutorial y sma..AYU n AJA C2, YUSMA n UMMI C1, ak n TIHA C3....

kami dak2 PC...

tme annual diner a.k.a Malam Permata Gemilang

cara nk ilangkn ngantok tme klas bio

ahli perbarisan rumah Emerald

ummm...ad sorang lg mnusia y ak lupa nk mention,,mnusia y byk buat ak gelak, nanges, marah, and mcm2 lg prasaan y ak dpt time spanjang 6 buln bsama dia..kwn ngan dia sgt bes..ngan prangai dye y cm bdk2..n muka dye y ak rs comel lar kot...tmbah lg mlut dye yang tade pnapis tuh....
dia comel n nakal cm Shin Chan (jgn marah kalo trbaca)
ak harap prsahabatn y terjalin kt sini akan kekal smpai syurga kelak..alang2 sume ad fb slalu2 lar contact..n jdkn memori y kita dpt ni sbg pendorong utk kita jalani hidup yg lbih brmkna kt ms depn...
salam.. ~_~ ^_^



pssssstt:: miss u all damn much!!!! T____________T






Tuesday 19 April 2011

assalam..... ~_~

~_~ hye......