Wednesday 1 June 2011

i'm officially a kuli now !!!

selamat pagi saudara saudari sekalian


woohoooooooooooo

aku da start keje beb. hari ni dah masuk hari ke-4. banyak lagi benda yang aku kena belajar. cara memotong pon still tak lulus, tapi bak kata tokei aku,

 "mula2 memang tak pandai, tapi yang penting awak ada kesungguhan dan minat, bukan mari keje setakat nak 'bekerja sahaja', tapi bekerja sambil belajar dan menambah pengalaman untuk masa hadapan." 

terharu cheq nak habaq ang..sob..sob..sob... tapi tade lar sampai aku nangis depan tokei aku tu. nanti tergores lak sifat 'kejantanan' aku tu..


aku nak cite sikit first day aku kat sana. and sebenarnyer boys and girls..........tiap2 hari mesti ada benda yang terjadi kat aku.


1st day
aku pegi keje ngan kete u..hak hak.hak..abah suruh naek kete sebab aku keje dari tengahari smpai malam. aku pakai baju kurung sebab dari awal lagi abah dah pesan.."g keje pakai baju kurung, jangan pakai jeans ketat. jangan terikut ikut dengan orang"..i love my abah very much. always give full attention to me.

ok. lepas jer parking kete.. aku pon masuk kedai kot depan. ramai betul pompuan kat kaunter. ada dalam 4,5 orang. aku dengan yakinnyer berjalan sambil tersengih manis..( ada ke tersengih manis????). akak2 kata kaunter tu pon senyum gak. yelar dah aku senyum takkan dorang nak buat muka masam lak kan...
sampai kat kaunter aku pon bukak mulut.."datang nak keje..he..he..he..". ok, yang he he he tu tade lar aku buat bunyi. akak tu pon ramai2 buat bunyi yang amat menarik.."oooooohhhhhhhhhhhh" sambil gelak okeh. aku tatau nape dorang gelak tapi aku senyum jelar kan.

sorang akak tu suruh aku punchcard. nama beliau KAK MA. akak ni peramah  and da lama keje kat kedai tu. ad lar dalam 7 tahun lebih katanyer. time tu sume pekerja ada, so, dorang pon bising2 lar tanya nama aku. aku pon cakap lar.."AISYATUL, panggil SYATUL tape doh.." sambil tersengih manis lagi. punyalar susah dorang nak sebut. apa ???? pelik sangat ke nama aku ni..??? asal nama aku AISYAH ok, tapi ditambah dengan huruf wau dan lam di belakang ta...grrrrrrrrrrr...geram gak sebab dari zaman sekolah dulu lagi orang susah nak panggil nama aku,, cikgu2 pon sama gak.siap mintak nak panggil dengan nama yang lain sebab susah nak ingat.

tugas aku yang pertama adalah menyusun towel2 wanita di arak rak agar nampak lebih kemas dan cantik cam aku. tengah dok susun tu, mailar sorang minah ni aka colleague aku. yang hitam manis and berpakain t shirt bersama jeans ketat..aku ulang skali lagi jean..mula2 beliau memuji kecantikan bertanya umur aku. 19, i told her in malay. kecoh jap sebab ad sorang lagi sebaya ngan aku and also sekampung ngan aku. tapi aku tak kenal pon..yang hitam manis tadi tu namanyer ZURA. aku rasa beliau ni keturunan some kind of indian lar.. ZURA mula menggeletek menyucuk aku aka memasang jarum pada tubuhku.."ouchhh..sakitnyer"..batinku menjerit. ZURA gitau aku suh aku hati2 ngan akak2 yang pakai baju kurung tuh. aku pon tanyalar.. "why should i ?" ZURA cakap akak2 tuh suka amek kesempatan especially dengan orang yang ada kenderan sendiri cam aku nih..tak dan beliau abes cakap,, KAK MA pon panggil aku gitau tokei nak bergayut cakap fon  ngan aku.. bla3..last skali aku cakap ok dan teruskan keje aku tadi.

tak lama kendian tokei pon sampai and suh aku naek atas ikot akat yang bernama KAK NOR. tengah aku jalan nak naek atas..ZIE aka budak sama muda ngan aku tadi pesan kuat2 kat aku "hati-hati~~~~". aku senyum jer. KAK NOR tanyer aku nape ZIE suh aku hati ?? takot KAK NOR makan aku ke ?? aku cakap "tatau" sambil senyum. kat atas aku just packing2 jer.



setakat ni jer kot yang best untuk 1st day. malam aku balik pukul 9.30 sorang2 tapi naek kete tak rasa takut lar.

konklusi yang aku bleh aku buat untuk 1st impression adalah


  • ada 2 puak di kedai, 1 akak yang penyabar and pndai jaga mulut. and satu lagi bdk2 sebaya aku yang suka cakap lepas dan berpakain seperti yang abah aku tak bagi aku pakai
  • puak2 ini bergaduh teruk doe..masam2 muka lagi.tapi aku amek jalan mudah tapi bahaya iaitu berbaik dengan dua2 belah pihak. and cuba untuk tidak buruk2 kan mereka.
  • aku baru tau kedai akan repacking barang2 lama yang tak laku pada musim lepas untuk dijual balik pada musim baru
  • berhabuknyer kedai ni !!! dahlar aku ada resdung, cian aku..
  • barang kat store tak tersusun sangat..rasa geram cam nak kemas sume..tapi tokei tak suruh, so aku takkan pndai2 buat

ok..dats all..pengalaman hari2 lain lagi mencabar kewanitaan aku..nanti aku cite pulak....










psssssssssssstttttttttttttttt : boleh teka tak aku keje kat mana ?? kedai pe ?? tak boleh ?? nanti aku gitau..kui kui kui....buh bye..entry ni tade gambar sebab aku malas nak cari gambar yang sesuai. so shori.. =)



Monday 16 May 2011

mimpi lagi..selamat hari cikgu

selamat pagi cikgu..



sebenanyer aku nak cite sal mimpi aku semalam tapi bila nak taip selamat pagi tu aku pon teringat yang hari ni adalah HARI GURU SEMALAYSIA !!!!

so, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat cikgu-cikgu aku yang telah mengajar aku dari aku kat PASti sampai lar yang last kat MATRIKULASI TERCINTA.  

kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya tidak kira sama ada guru tetap, guru ganti mahupun guru sandaran pada kenangan di 

PASTI TANAH LOT

SK BANDAR DUNGUN
SK PULAU SERAI
SMK PULAU SERAI
MRSM YT BESUT
MRSM PENGKALAN CHEPA
KOLEJ MARA KULIM

saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu sekalian yang telah bertungkus lumus, mengerah keringat untuk mendidik saya dan rakan-rakan saya. jasa cikgu hanya ALLAH yang mampu membalasnya. semoga cikgu akan terus bertenaga untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. kepada arwah cikgu yang telah meninggal, saya sedekahkan AL-FATIHAH, semoga roh cikgu dicucuri rahmat....



ummm..tak lupa juga pada rakan-rakan di IPG yang bakal menggalas tugas sebagai seorang guru. teruskan usaha mengumpul sebanyak mana ilmu yang dapat dicurahkan kepada bakal pelajar nanti..

HAPPY TEACHER'S DAY





pssssssttttttttttttt : rasa cam nak nanges jer bila tringat kak cikgu-cikgu yang dah tade dan yang dah berpindah jauh....shin chan tade kedit. mlm ni kami tak sms. +++++++kesedihan aku..sobs~sobs~sobs~
nanti mesti ada yang post kt mukabuka sal hr ckgu haram..... =,=


Sunday 15 May 2011

~under construction~